Telefon unik merupakan satu pilihan yang diminati oleh mereka yang mahukan kelainan dan juga menyimpan sebagai koleksi peribadi. Model-model ini pula kebiasaannya hadir ciri tersendiri yang tampak berlainan di pasaran ketika ini.

Spesifikasi yang ditawarkan juga adalah relevan untuk kegunaan jangka masa panjang. Malah, telefon sebegini sering diberikan perhatian yang terperinci oleh syarikat pengeluar untuk memastikan produknya diminati ramai. Mari kita lihat lima buah model telefon unik yang anda boleh dapatkan di Shopee.

1. LG Wing 5G

Sumber Gambar: Shopee

Model ini hadir dengan skrin utama sebesar 6.8″ pOLED FHD+ dan skrin sekunder pula sebesar 3.9″ yang bernisbah hampir 1:1. Dijana cip Snapdragon 765G, memori sebesar 8GB RAM, memori sebesar 256GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 27W.

Skrin utama diputar secara manual oleh pengguna untuk menjadi seperti gimbal dan menggunakan kayu kawalan maya pada skrin yang kedua sewaktu merakam video. Selain itu, kedua-dua skrin ini juga boleh memainkan dua aplikasi berlainan dalam satu-satu masa. Kamera pula dilengkapi tiga sensor iaitu 64+13+12 megapixel yang mana cukup bagus untuk fotografi.

Buat anda yang berminat dengan LG Wing 5G, bolehlah dapatkan di Shopee hari ini pada harga RM1,388 sahaja.

Beli Sekarang LG Wing 5G

2. Nothing Phone (1)

Sumber Gambar: Shopee

Antara model hangat yang diperkatakan ketika ini adalah Nothing Phone (1). Model ini hadir hadir dengan cip Snapdragon 778G+ serta skrin 6.55-inci 120Hz OLED. Untuk fotografi, model ini menampilkan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP. Selain itu, model ini juga hadir dengan sokongan rangkaian 5G untuk akses internet mudah alih pantas.

Paling menarik sekali sudah pastinya pada bahagian belakang yang menampilkan lampu LED dinamakan Glyph yang boleh diubah suai menerusi tetapan pada peranti berkenaan. Anda juga boleh mengubah suai jalur LED untuk pelbagai perkara termasuklah dari panggilan masuk, notifikasi aplikasi, mesej dan banyak lagi.

Nothing Phone (1) kini boleh sedia ditawarkan pada harga RM2,399 di Shopee.

Beli Sekarang Nothing Phone (1)

3. Samsung Galaxy Z Flip3

telefon unik
Sumber Gambar: Shopee

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula hadir dengan skrin berukuran 6.7inci Infinity Flex Display serta sokongan refresh rate 120Hz dan mempunyai lapisan kaca UTG untuk meningkatkan ketahanan kaca apabila dilipat berkali-kali. Peranti ini juga menggunakan cip yang sama iaitu Snapdragon 888 dengan memori 8GB RAM dan sokongan storan sehingga 256GB.

Disertakan kapasiti bateri sebesar 3,300 mAh bersama pengecasan 15W dan secara wireless 10W. Kamera utama pada bahagian belakang turut digabungkan dengan 12MP+12MP bagi sudut wide dan sudut ultrawide dan kamera hadapan pula sebesar 10MP. Model ini juga hadir dengan ciri kalis IPX 8 yang menjadikan ia lebih tahan lasak.

Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Z Flip3 pada harga RM2,869 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Samsung Galaxy Z Flip3

4. Motorola RAZR 5G

telefon unik
Sumber Gambar: Shopee

Motorola Razr 5G menggunakan skrin luar bersaiz 2.7-inci OLED, selain skrin utama boleh-lipat 6.2-inci pOLED. Ia menawarkan resolusi 21:9 untuk skrin boleh-lipat. Telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 765G, menggunakan memori 8GB RAM, dan bateri 2800mAh dengan pengecasan 15W.

Untuk rakaman gambar, Motorola Razr 5G ini menggunakan sensor utama 48MP di belakang, selain sensor swafoto 20MP. Ia hadir dengan sistem operasi Android 10 serta melancar My UX bersama dengannya.

Telefon unik keluaran Motorola ini berharga RM4,899 yang kini boleh didapatkan di Shopee.

Beli Sekarang Motorola RAZR 5G

5. Samsung Galaxy Z Fold3

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan model Samsung Galaxy z Fold3. Model ini dilengkapi dengan skrin paparan AMOLED Infinity Flex Display yang berukuran 6.2 inci yang membolehkan ia dilipat menjadi ke mod tablet. Ditambah pula dengan cip Snapdragon 888 serta memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Peranti ini hadir dengan bateri sebesar 4,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Bahagian kamera utama telah menggabungkan sensor 12MP+12MP+12MP. Tambahan pula, peranti ini turut menyokong penggunaan stylus S-Pen Fold Edition buat pertama kali yang boleh disimpan pada kerangka khas yang ditawarkan.

Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Z Fold3 pada harga RM6,099 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Samsung Galaxy Z Fold3

Model-model yang dinyatakan di atas sememangnya berbaloi untuk didapatkan jika anda mahu tampil lebih unik di khalayak ramai. Malah, setiap model hadir dengan sokongan 5G membuatkan ia sangat relevan untuk kegunaan masa kini dan mampu memenuhi keperluan seharian anda.

Selain daripada itu, anda juga mungkin mahu pertimbangkan lima pilihan telefon pintar edisi terhad untuk dijadikan koleksi peribadi atau pelaburan. 

5 Pilihan Telefon Pintar Edisi Terhad Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Tahun Ini

6 Telefon Flagship Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Ketika Ini

Sumber